Tuesday, July 24, 2012

Rahsia 13

Rahsia 13??

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang … tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Malaysia XI vs Arsenal (analisa sikit)

Assalamualaikum, agak-agak ramai tak yang tengok match Malaysia XI vs Arsenal??. Ye, Malaysia tewas 2-1. Bagi aku Malaysia dah main habis-habisan dengan Arsenal. Yelah tak kan asyik nak kena 4 @ 5 -0 jer. Bagi aku, keputusan ni menunjukkan peningkatan mutu permainan Malaysia, walaupun dikatakan Arsenal tak bermain 100% dengan kemampuan sebenar tapi Malaysia berjaya membuatkan Arsenal buntu untuk menambah lagi gol.

Bagi aku, kekurangan fizikal merupakan salah satu faktor mengapa Malaysia sukar menguasai permainan dalam perlawanan semalam. Maksud aku kekuatan fizikal bukan badan kuat saje, tapi kepantasan, ketangkasan, ketahanan badan pemain itu sendiri juga merupakan salah satu komponen kekuatan fizikal pemain. Tidak dinafikan pemain luar negara lebih-lebih lagi pemain Eropah mempunyai saiz fizikal yang lebih besar dan lebih mantap dari pemain negara namun ianya bukan alasan untuk tidak kompetitif dalam setiap perlawanan yang disertai. Mungkin Datuk K. Rajagobal mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini (yes, with coach we believe).

Pada pendapat aku, bila komponen kekuatan fizikal dah mantap senang lah coach nak merencana taktik dan gaya permainan. Sebab dalam ape sukan sekali pun asas nye adalah kekuatan fizikal, baru diikuti dengan skil dan latihan taktik. Bukan ape, keberkesanan taktikal suatu pasukan bergantung kepada kekuatan pemain itu sendiri, bayangkan kalau pemain itu cepat pancit, kurang pantas, respon kurang, maka taktikal akan kurang berkesan.

Soal kurang fokus semasa 10 minit terakhir juga sedikit sebanyak merunsingkan peminat Harimau Malaya. Yelah, bile fan dah syok Malaysia leading dan mula membayangkan kemenangan tiba-tiba gol ataupun pihak lawan mendapat sepakan penalti atau sepakan percuma. Mungkin dalam 10 minit akhir ini, pemain Malaysia berasa tertekan dan lebih mudah membuat kesilapan. Disinilah perlunya para pemain Malaysia perlu membina kekuatan mental yang tinggi, tidak mudah berasa selesa dan sentiasa fokus. Mungkin dengan bantuan psikologi sukan dapat membantu meningkatkan kekuatan mental pemain Harimau Malaya.

Ape-ape pun tahniah Malaysia XI, anda telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia bukan pasukan belasahan untuk kelab-kelab Eropah. Moga-moga perlawanan menentang Manchester City nanti, Malaysia dapat membuktikan sesuatu kepada kelab tersebut dan rakyat Malaysia sendiri.

Monday, July 23, 2012

Adab ber’Doa yang Betul di sisi Islam





Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .


Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.


DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.
WALLAHU’ALAM……
..
+ Artikel dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud, Blog Mat Suboh dan Blog Firdee untuk perkongsian ilmu kepada umum.

Hikayat mungkin berakhir namun ianya tidak pernah mati.

INCREDIBLE BATCH (SR113) DIPLOMA IN SPORT STUDIES

Ape yang diatas tu???? incredible hulk ke???..hahahhaha.. Ini lah batch aku semasa mengikuti pengajian di Johor. Dalam gambar ni ade seribu satu cerite yang tersimpan .Dari mule suai kenal sampai konvo kat UiTM..  mereka lah keluarga aku di Johor. Segala suka,duka, air mata, kenakalan, gaduh semua pernah dilalui bersama. Bila mengenangkan mereka kini yang telah jauh, aku merasa sedih namun atas nama impian dan cita-cita aku tetap gagahkan hati untuk menempuh cabaran. Untuk kawanku Shahrin, Fiha, Sokmo, Atin,Amir, Mas, Dayah, Adeq, Kus, Amri ,Mazhan, Bob, Rafie,  Hafiz, Ijan, Janah, Anis, Ina, Eyqa, Zul, Fendi, Amin dan Kecik semoga berjaya di masa hadapan dan jangan takut untuk menghadapi cabaran demi masa depan yang lebih baik ok!

Wujudkanlah Perasaan Syukur itu

Assalamualaikum, Alhamdulilah hari ini masih lagi diberi keizinan olah Allah untuk terus hidup di muka bumi ini. Pagi tadi dok surf internet then aku jumpa satu gambar di mana seorang pemuda menghulurkan derma kepada si tua yang mengemis.. mungkin nampak biasa kan..tapi yang luar biasanya pemuda tersebut hanya mempunyai sebelah kaki. Subhanallah, nampaknya kekurangan dalam diri beliau tidak pernah menghalang beliau untuk membantu mereka yang lebih kurang bernasib baik. Inilah yang dikatakan "faith in humanity".  terus hati aku merasa kagum dan sebak.. Kenapa seorang pemuda yang cacat ini boleh menolong orang tapi mengapa aku tidak?? adakah aku lupa dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang selalu melupakan mu.

Dari buku yang aku baca, kita mempunyai 3 cara untuk bersyukur iaitu
1) Bersyukur dengan hati
Ini adalah elemen yang penting , kerana orang yang hatinya tidak bersyukur, maka percakapan dan perbuatan nya tidak akan bersyukur. Bersyukur dengan hati adalah dengan menyedari dan merasakan adanya nikmat dan pengakuan hati adalah pengakuan paling jujur. Hati yang pandai bersyukur akan menjadikan nikmat akan bertambah dan semakin melimpah dan kerananya dia akan berasa bahagia. Jika hati bersyukur, maka percakapan dan perbuatan pun akan turut bersyukur.

2) Bersyukur dengan percakapan
Ucapan syukur  (Alhamdulilah dan terima kasih) merupakan aktiviti yang sangat mudah untuk dilakukan. Allah adalah sebaik-baik pemberi  dan nikmatNya mengalir tanpa henti pada hambanya. Segala pujian adalah hakNya sebagai yang maha pencipta dan yang memberikan nikmat. oleh itu ringan-ringankanlah mulut untuk mengucapkan Alhamdulilah  sebagai tanda syukur kita kepada Allah.

3) Bersyukur dengan perbuatan
Syukur dengan perbuatan adalah cara menggunakan atau memanfaatkan pemberian sesuai dengan fungsinya.  Orang yang menerima pemberian tapi mensia-siakan pemberian tersebut dan tidak memanfaatkannya  maka dapat dikatakan  orang itu tidak betul-betul  berterima kasih.  Orang yang bersyukur  pada Rabnya akan menggunkan nikmat yang diperolehinya sesuai dengan maksud penciptaan.

aku harap entri kali ni dapat memberi manfaat untuk kita bersama. Jikalau ade silap, harap dimaafkan.

Ohhhhh..rindunye (jari jemari-ingin menari kembali di blog)

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat semua pembaca blog.. Ya Allah dah 3 tahun aku tinggalkan blog..hari ini (24.7.2012) tibe-tibe Allah bukakkan hati aku balik nak menaip di blog.. nasib baik blog aku ni boleh log in lagi.. Aku harap penulisan aku kali ini lebih bernas dan lebih matang tidak terlalu mengikut emosi. Nantikan post-post yang menarik dari blog ini ye..

Thursday, November 5, 2009

Cabaran dan dugaan (antara iman dan kesabaran)

Memang aku akui sem ni memang banyak bagi aku cabaran yang kadang-kadang wat aku terasa macam nak give up.Terlalu banyak cabaran macam kewangan, orang sekeliling, kelas dan masalah rumah yang kadang -kadang sampai tak habis nak fikir je aku dah jadi jem..aku sekarang mampu berdoa je agar hati aku tabah dan mampu bersabar dengan segala ujian ni.tapi alhamdulilah aku ada kawan-kawan, lecturer dan family yang tak putus-putus bagi aku semangat dan kata-kata yang mencabar aku supaya bangun semula..betullah kata orang tak semestinya orang yang kita sayang akan sentiasa ada untuk kita(lagi-lagi kapel cam bole pakai je)..tu pendapat aku la..tapi setelah aku renungkan yang kekal untuk kita adalah rakan yang sejati dan keluarga yang menyayangi.Semoga cabaran ni akan membuatkan aku lebih matang dan lebih berani di masa depan.