Tuesday, July 24, 2012

Malaysia XI vs Arsenal (analisa sikit)

Assalamualaikum, agak-agak ramai tak yang tengok match Malaysia XI vs Arsenal??. Ye, Malaysia tewas 2-1. Bagi aku Malaysia dah main habis-habisan dengan Arsenal. Yelah tak kan asyik nak kena 4 @ 5 -0 jer. Bagi aku, keputusan ni menunjukkan peningkatan mutu permainan Malaysia, walaupun dikatakan Arsenal tak bermain 100% dengan kemampuan sebenar tapi Malaysia berjaya membuatkan Arsenal buntu untuk menambah lagi gol.

Bagi aku, kekurangan fizikal merupakan salah satu faktor mengapa Malaysia sukar menguasai permainan dalam perlawanan semalam. Maksud aku kekuatan fizikal bukan badan kuat saje, tapi kepantasan, ketangkasan, ketahanan badan pemain itu sendiri juga merupakan salah satu komponen kekuatan fizikal pemain. Tidak dinafikan pemain luar negara lebih-lebih lagi pemain Eropah mempunyai saiz fizikal yang lebih besar dan lebih mantap dari pemain negara namun ianya bukan alasan untuk tidak kompetitif dalam setiap perlawanan yang disertai. Mungkin Datuk K. Rajagobal mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini (yes, with coach we believe).

Pada pendapat aku, bila komponen kekuatan fizikal dah mantap senang lah coach nak merencana taktik dan gaya permainan. Sebab dalam ape sukan sekali pun asas nye adalah kekuatan fizikal, baru diikuti dengan skil dan latihan taktik. Bukan ape, keberkesanan taktikal suatu pasukan bergantung kepada kekuatan pemain itu sendiri, bayangkan kalau pemain itu cepat pancit, kurang pantas, respon kurang, maka taktikal akan kurang berkesan.

Soal kurang fokus semasa 10 minit terakhir juga sedikit sebanyak merunsingkan peminat Harimau Malaya. Yelah, bile fan dah syok Malaysia leading dan mula membayangkan kemenangan tiba-tiba gol ataupun pihak lawan mendapat sepakan penalti atau sepakan percuma. Mungkin dalam 10 minit akhir ini, pemain Malaysia berasa tertekan dan lebih mudah membuat kesilapan. Disinilah perlunya para pemain Malaysia perlu membina kekuatan mental yang tinggi, tidak mudah berasa selesa dan sentiasa fokus. Mungkin dengan bantuan psikologi sukan dapat membantu meningkatkan kekuatan mental pemain Harimau Malaya.

Ape-ape pun tahniah Malaysia XI, anda telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia bukan pasukan belasahan untuk kelab-kelab Eropah. Moga-moga perlawanan menentang Manchester City nanti, Malaysia dapat membuktikan sesuatu kepada kelab tersebut dan rakyat Malaysia sendiri.

No comments:

Post a Comment